|

Konsep
herba HPA kini makin
dikembangkan dengan
adanya
Sijil Herbalis
Perawatan
herba HPA bukan perawatan herba jalanan, tapi adalah berdasarkan
pengalaman lebih 20 tahun HPA dalam dunia herba berasaskan ilmu-ilmu
Melayu dan juga Asia termasuk perubatan China.
Pengarah Urusan HPA
menyampaikan kuliah
herba semasa kursus
Sijil Herbalis ke-20
Konsep Perubatan HPA :
Perubatan Jawi
Konsep
perubatan yang
digunakan oleh HPA dipanggil Perubatan JAWI. Konsep perubatan ini telah
diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Perkataan JAWI diambil
bersempena nama tempat kelahiran beliau iaitu Jejawi, satu daerah yang
terletak di negeri Perlis.
Tuan
Haji Ismail bin haji
Ahmad merupakan seorang graduan dari Universiti Pertanian Malaysia
(kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) dalam bidang
Pertanian (Kajian Botanikal).
Berbekalkan
pengalaman
bertahun-tahun dalam dunia perubatan herba, serta hasil lawatan,
seminar, workshop serta kursus-kursus lainnya ke pelbagai negara,
beliau telah berjaya mewujudkan satu kaedah perubatan yang dinamakan
sebagai ‘Perubatan JAWI’.
Kejayaan
kaedah perubatan
ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan
mengamalkan herba ini. Atas usaha untuk merealisasikan Perubatan JAWI
ini, akhirnya lahirlah Institut Latihan Herba Al-Wahida yang lebih
dikenali dengan nama INTIBAH.

HPA
adalah penerima Anugerah Perdana Menteri
di
pameran MAHA 2008, di Serdang, Selangor
Pengertian
Perubatan
JAWI
Perubatan
JAWI ialah suatu
sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber
utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan
kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya
berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh)
serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.
Perkataan
JAWI merujuk
kepada:
J
: Jejawi:
Nama sebuah daerah kecil di Perlis, tempat di mana perubatan ini
dikembangkan.
A
: Alamiah:
Bererti perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami atau semulajadi
sebagai salah satu sumber perubatan herba.
W
: Wathan:
Beerti negeri atau tempatan dalam Bahasa Arab. Ini bermaksud perubatan
ini menekankan penggunaan bahan-bahan alami (semulajadi) yang berasal
dari dalam negeri di mana penyakit itu dijangkiti.
I
: Ilahiyah:
Bererti meletakkan unsur-unsur Ilahiyah (ketuhanan) sebagai sumber
perubatan. Jadi, perubatan ini bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Sumber
Perubatan JAWI
Konsep
Perubatan JAWI
merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumber utama iaitu
Ilahiyah dan alamiah. Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W :-
“Gunakanlah
dua penyembuhan: madu dan Al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah
dan
al-Hakiem)
Ahli
herba melihat bahawa
madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber Ilahiyah
Ilahiyah
bermaksud bahawa
segala penyakit yang berlaku datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah
S.W.T jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
“Berubatlah
kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia
(Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat
Ahmad)
Perawatan
akan lebih
berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan
Allah S.W.T. Doa adalah intipati Perubatan JAWI, Tawakal merupakan
Pelengkap, sementara Keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi Asas
Tindakan.
|